Khasiat Bawang Putih
~Assalamualaikum~
Bawang putih telah dimanfaatkan sebagai bahan perapan dan ubat-ubatan sejak beribu-ribu tahun lalu. Bahkan bawang putih termasuk dalam banyak budaya sebagai penangkal roh jahat atau kesialan. Walau kenyataannya tidaklah begitu, namun bawang putih memang menyimpan manfaat ajaib bagi kesihatan.
Bawang putih dipercayai berasal dari Asia Tengah, lalu dibawa ke berbagai penjuru dunia. Menurut laman web World “s Healthiest Foods, bawang putih sudah ada sejak 5000 tahun lalu. Pada zaman Mesir kuno, bawang putih dianggap suci kerana dipercayai boleh meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh. Tidak hanya Mesir, masyarakat Yunani kuno dan Rom juga percaya bahawa bawang putih mempunyai manfaat bagi kesihatan.
Bawang putih boleh dikenali dengan mudah dari bentuknya dan kulitnya seperti kertas putih tipis dengan bau yang menyengat. Sekalipun banyak jenisnya, namun boleh dikatakan manfaatnya sama saja. Bawang putih boleh diambil dalam pelbagai bentuk, seperti yang secara mentah, kering, ekstraknya, serbuk, minyak bawang putih, hingga dalam bentuk tablet atau kapsul.
1. Satu auns bawang putih mengandungi sekitar 42 kalori, 9 gram karbohidrat, 2 gram protein dan 1 gram lemak. Ia juga mengandungi mangan, vitamin B6 dan vitamin C serta merupakan sumber yang baik daripada thiamin atau vitamin B1, fosforus, selenium, kalsium, potasium, zat besi dan tembaga.
2. Kajian telah membuktikan bahawa bawang putih mengandungi antioksidan dan sebatian sulfur yang disebut Allicin. Ketika bawang putih dicincang dan dihancurkan, sebatian ini berubah bentuk menjadi rasa dan bau. Sebatian Allicin tersebut dianggap sebagai bahan aktif utama yang bertanggung jawab bagi manfaat bawang putih untuk kesihatan. Para ahli menyokong penggunaan bawang putih tua yang terbukti mengandungi konsetrasi tertinggi dari sebatian sulfur yang mudah diserap oleh tubuh.
3. Bawang putih ini sering disyorkan untuk menjadi alternatif suplemen kesihatan bagi pesakit kolesterol tinggi, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan mencegah kanser, seperti kanser perut atau usus. Walau bawang putih dianggap mempunyai kandungan toksisiti (zat beracun) yang rendah, namun ada perkara yang patut diwaspadai ketika menggunakannya, kerana boleh mengganggu keadaan perut, pernafasan dan bau badan, sakit ulu hati dan kembung.
4. Bawang putih juga dikatakan membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan terapeutikekstrak bawang putih tua secara teratur dan berpanjangan menurunkan paras homocysteine darah dan menunjukkan pencegahan sesetengah komplikasi diabetes mellitus. Mereka yang mengambil insulintidak harus mengambil ubatan bawang putih tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.
5. Bawang putih digunakan sebagai ubat jangkitan (terutamanya masalah dada), gangguan pencernaan, dan jangkitan kulat seperti seriawan (thrush). Bawang putih boleh digunakan sebagai penyah-jangkitan kerana sifat bakteriostatik dan bacteriocidal.
6. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah,menghalang pertumbuhan bakteria dan digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
7. Kemanafaatan bawang putih didapati ada bersangkut paut dengan memerangi dan mencegah selesema biasa. Ciri ciri antivirus dan antibakteria memungkinkan ia menjadi sebab mengapa bawang putih bermanfaat untuk selsema. Mengambil bawang putih mentah bila selsema, dapat mengurangkan jangkitan dan membantu melawan selsema.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SUMBER : UNCLE GO
.
That's all thank you
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JOM SERTAI
NUFFNANG = HEARBEAT = CHURP-CHURP = 8SHARE
~♥ THaNKS BaCa eNTRY eKaH! ♥ JoM KoMeN DaN FoLLoW ♥~
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Ialah Hak Milik Ekah Atiqkah kecuali Dinyatakan
7 nasihat untuk Ekah Atiqkah:
jom join giveaway.. http://sitinurazwanizalife.blogspot.com/2013/05/suprise-awesome-giveaway-by-sn.html
makan bawang nanti ketiak berbau. hehe
btw done follow.
follow back ye.
blackisswhite.blogspot.com
nice info dear :)
@Starniea_Ahaaw
THanK You for invite :)
@syuk shusuke
thanks for follow me :) saya follow awk balik :D
@Mymy Mushie
thank you
wahh nasihat yg bagus.. singgah sini smbil golek2
Post a Comment