Jam Tangan Yang Pelik dan Unik

~Assalamualaikum~
Jam tangan, biasanya kita guna untuk melihat waktu jika berada di sesuatu tempat. Jika anda menggunakan jam tangan setiap hari, ia menandakan anda seorang yang peka terhadap waktu sebenarnya. Jam tangan di pasaran terlalu banyak dan boleh dipilih mengikut jenama, rekaan dan kesesuaian penggunaannya.
Pernahkah anda melihat jam yang pelik dan menyusahkan penggunanya? Pasti jarang anda melihatnya. Mari kita lihat, jam apakah yang pelik dan menyusahkan ini :
1. The Sand Time
The Sand Time merupakan jam pasir digital untuk dijadikan melihat waktu atau masa. Ia telah direka oleh Balykin Pavel. Jam ini telah menadapat penghargaan oleh Red Dot Design 2006. Walaupun dapat pengiktirafan, bagaimana pula melihat waktunya? Jadi, sudah menyusahkan penggunanya jika memakai jam ini.


2. Garmin Forerunner 405

Jam ini adalah khas bagi olahraga yang ingin bersukan. Jam ini dilengkapi GPS bagi mengetahui masa mula kita dan masa akhir kita disesuatu tempat. Ia juga boleh mengira jarak, denyutan nadi jantung dan tempoh anda bersukan tersebut. Jam ini juga mempunyai wifi dan usb cable bagi memudahkan anda memasukkan data ke komputer anda. Walaupun ia amat canggih, ia tidak boleh memaparkan waktu dan tarikh pada jam ini. Jika anda mahu melihat waktu, kena menggunakan jam lagi satu.


3. Traffik Flash Watch
Apa pandangan anda melihat jam di atas ini? Boleh anda melihat waktunya? Ia nampak canggih tetapi macam menyukarkan. Jam ini diadaptasi dari bentuk dan jalan raya di kota metropolitan. Garis-garis jalan tersebut mewakili detik, minit dan saat. Jika nak cerita panjang, jam ini memang sukar untuk melihatnya.
4. Gravity Watch
Unik bukan jam di atas ini? Jam ini memang mempunyai kelainan tersendiri. Anda tidak anda nampak jam jarum minit atau saat. Ia hanya menggunakan rekaan lengkungan sahaja yang mewakili jarum jam tersebut. Jika anda memahami konsep jam ini, anda memang orang yang unik.
5. Time Of The Sky Watch
Jam ini direka oleh Ryohei Yoshiyuki yang mempunyai ciri yang lain dari yang lain. Ia tiada jarum minit atau saat dan nombor. Jika anda mahu melihat waktu jam tersebut, anda perlu lihat pada warnanya. Pasti ia menyukarkan anda memahami konsep jam ini. Mana tidaknya, jam tersebut tiada numbor untuk diperhatikan. Bagaimana mahu melihatnya waktunya, lihat gambar di bawah ini.

Jam tangan yang lain:
.
.
.
.
.
.
.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
That's all thank you
PLEASE CLICK HERE

~♥ THaNKS BaCa eNTRY eKaH! ♥ JoM KoMeN DaN FoLLoW ♥~

4 nasihat untuk Ekah Atiqkah:

misz sheyla said...

cam ada yg smart..ada yg x faham mcm mana nk tgok waktunye

Adib Veron said...

Comel laa gravity watch :)

Ekah Atiqkah said...

@misz sheyla: memang2, ad xtahu tgk cmne. Jdi hiasan kat tangan jelah :D

Ekah Atiqkah said...

@Adib Veron: comey2 :D banyak2 jam, yg tu jer boleh baca :)

Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Ialah Hak Milik Ekah Atiqkah kecuali Dinyatakan