"Hmmm...sedapnya DARAH Manusia ni"
~Assalamualaikum~ 07/06/2012
"Hmmm...sedapnya DARAH Manusia ni""Hmmm...sedapnya DARAH Manusia ni""Hmmm...sedapnya DARAH Manusia ni"
mungkin itu adalah yang diperkatakan oleh beberapa ekor nyamuk apabila mengigit mangsanya.
DAN
Nyamuk BOLEH menyebarkan denggi, demam malaria, demam kuning dan juga radang otak (Japanase encephalitis-JE). Oleh kerana itu, kita sangat benci kepada nyamuk. Ia mengganggu tidur kita. Malah boleh membunuh kita. Maka kita menghabiskan ratusan ringgit untuk menghapuskan nyamuk ini
Tetapi persoalannya, adakah kita sudah mengenali haiwan pengacau ini??? Kalu belum, jom sama-sama mengenali serangga kecil yang amat-amat kita benci ini.
Untuk pengetahuan korang, nyamuk wujud sejak 100 juta tahun lalu dan sehingga kini, terdapat lebih 3000 spesies nyamuk di dunia. Nyamuk cepat menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk cuaca. Kini kebanyakkan serangga ini hidup di kawasan tropika, tetapi ada juga yang menghuni kawasan Artik.
Bergantung kepada suhu, nyamuk boleh berkembang dari telur ke nyamuk dewasa dalam masa empat hingga tujuh hari.
Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala yang jantan, 10 hingga 20 hari sahaja. Nyamuk betina boleh bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji dalam satu-satu masa dan mampu mencapai sebanyak 1000 hingga 3000 biji telur sepanjang hayatnya. Uuuiii, banyak tu!
Nyamuk mengibas sayapnya 300 ke 600 kali sesaat. Nyamuk jantan boleh mengesan kehadiran nyamuk betina melalui bunyi kibasan sayapnya. Satu lagi keistimewaan nyamuk ialah, serangga itu dapat mengenal spesies nyamuk lain berdasarkan bentuk tompokan pada sayapnya.
Nyamuk memakan pelbagai jenis makanan seperti cairan dan mineral pada buah-buah serta tumbuh-tumbuhan, sampah dan air bertakung.
Kebanyakan nyamuk boleh terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitat mereka. Tetapi ada sesetengah spesies yang mampu terbang sejauh 30 kilometer.
Oleh kerana daya penglihatannya yang lemah, nyamuk mencari mangsanya dengan menggunakan penglihatan infrared berdasarkan haba yang dikeluarkan oleh mangsanya itu. Selain itu, nyamuk juga mengesan mangsanya melalui hembusan nafas. Apabila kita menghembus nafas, kita melepaskan karbon dioksida (CO2). Nyamuk akan mencari punca keluarnya CO2 itu dan apabila sudah dijumpai, kita akan digigit. Cisss sakitnya...
Nyamuk yang tinggal di kawasan sejuk adalah spesies yang paling agresif. Dalam satu penyelidikan yang dilakukan di kawasan Artik di Kanada, para pengkaji telah mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk digigit nyamuk. Dalam masa seminit, mereka menerima 9000 gigitan! Jika manusia didedahkan kepada serangan nyamuk yang sedemikian, darah dalam tubuh mereka akan kering dalam masa dua jam!
Hanya nyamuk betina sahaja yang mengigit mangsanya. Protein di dalam darah itu kemudiannya digunakan untuk menghasilkan telur. Yang jantan pula menghisap cairan pada tumbuh-tumbuhan. Bagaimanapun, tidak semua nyamuk membawa penyakit. Nyamuk juga tidak menyebarkan HIV dan AIDS.
Selain menyebabkan demam denggi, malaria, demam kuning, JE dan pelbagai penyakit lagi, nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan peliharaan. Antaranya ialah kecacingan pada jantung anjing, kuda dan lembu.
Kira-kira 2 juta manusia mati setiap tahun akibat penyakit-penyakit bawaan nyamuk.
Penyakit demam malaria yang disebar oleh nyamuk tiruk bertanggungjawab membunuh setengah daripada keseluruhan umat manusia yang hidup di dunia ini semenjak zaman batu. Oleh kerana itu, nyamuk dilabel sebagai 'makhluk pembunuh' yang paling bahaya di dunia ini.
TAPI
Walaupun kita membenci nyamuk, kita perlu sedar kepada dua perkara. Pertama, nyamuk adalah makhluk Tuhan. Kedua, setiap makhluk Tuhan ada kebaikannya. Ia tidak diciptakan untuk sia-sia.
Usia nyamuk pendek sahaja dan tugas nyamuk ialah membawa penyakit. Jika manusia tidak sakit, nescaya mereka tidak akan taat kepada Tuhan. Manusia akan merasakan diri mereka amat hebat dan tidak perlu menghambakan diri kepada-Nya.
Manusia sepatutnya berterima kasih kepada nyamuk kerana haiwan kecil itu memberi peluang untuk menghapuskan dosa-dosa kecil. Bukankah Tuhan sudah berjanji, jika kita umatnya menerima sebarang penyakit, itu adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil yang mereka lakukan.
Nyamuk juga mengajar kita untuk menjaga kebersihan. Jika kebersihan tidak dijaga, nyamuk akan memainkan peranannya. Nyamuk juga mengajar kita bahawa, kalau mahu terus hidup dan berjaya, kita mesti cepat menyesuaikan diri dengan perubahan.
...Tiga puluh saat selepas korang membaca nota pendek ini, seorang lagi kanak-kanak mati akibat malaria........SEBELUM ITU..oNe KLiK PLeaSe ~SEMALAM ADALAH KENANGAN~~HARI INI ADALAH KENYATAAN~♥DAN♥~ESOK MERUPAKAN SEBUAH IMPIAN~
~♥ THaNKS BaCa eNTRY eKaH! ♥ JoM KoMeN DaN FoLLoW ♥~
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Ialah Hak Milik Ekah Atiqkah kecuali Dinyatakan
0 nasihat untuk Ekah Atiqkah:
Post a Comment