Anugerah Alam:Tasik Banding
~Assalamualaikum~25/02/2012
Anugerah Alam: Tasik Banding
Entri keempat untuk Anugerah Alam
seperti yang diberi tahu di tajuk entri ini mengenai
Tasik Banding
Tasik Banding adalah tasik buatan manusia cukup terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara selain penempatan masyarakat orang asli.
Suatu ketika dulu, ia adalah kawasan hutan tebal. Terletak lebih kurang 48 kilometer dari Gerik, Tasik Banding destinasi percutian yang pastinya mengujakan dengan apa yang ditawarkan di situ.
Ia juga syurga kepada pencinta alam dan kaki pancing yang sentiasa memburu kelibat si ikan toman dan baung.
Bagi aktiviti lebih santai, pengunjung boleh menaiki bot menyusuri Tasik Banding sambil menyaksikan lebih 3,000 spesies flora dan fauna.
Jika bernasib baik, pengunjung boleh melihat lebih kurang 10 jenis burung kenyalang atau Hornbill yang bebas berterbangan di kawasan itu selain menikmati kesejukan air terjun yang sememang banyak di situ.
Jika gemarkan aktiviti berkhemah, Air Terjun Sungai Enam menyediakan kemudahan tapak perkhemahan. Selain itu, melawat perkampungan orang asli yang unik di situ adalah pelengkap kunjungan anda ke tasik yang kaya dengan keindahan alam semla jadi itu.
Ada empat perkampungan orang asli yang boleh dikunjungi di Tasik Banding antaranya Kampung Chueh, Chiong, Pulau Tujuh dan Kampung Tebang.
Entri Lain
Tasik Taiping, Perak Tasik Kenyir, Terengganu Tasik Dayang Bunting Tasik Chini Tasik Beris ........SEBELUM ITU..oNe KLiK PLeaSe~SEMALAM ADALAH KENANGAN~~HARI INI ADALAH KENYATAAN~♥DAN♥~ESOK MERUPAKAN SEBUAH IMPIAN~100% copy paste in NEWSPAPER
~♥ THaNKS BaCa eNTRY eKaH! ♥ JoM KoMeN DaN FoLLoW ♥~
Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Ialah Hak Milik Ekah Atiqkah kecuali Dinyatakan
0 nasihat untuk Ekah Atiqkah:
Post a Comment