MeRiaHNYeR RaYa 2012 !!!

~Assalamualaikum~
21/08/2012

ALHAMDULILLAH.
 Hari ketiga raya sudah menjelma. Meriah giler raya tahun nih. Korang beraya kat mane? Ekah beraya kat rumah jer. Kampung Ekah, dua-dua dekat rumah. Tak sampai 5 minit dah sampai dah kampung. hehehehe. 
Okey, Entry hari nih nak cerita pasal puasa aikk salah raya. Raya kali nih memang terbaikkkk lah, takde showcase kereta depan rumah. Mungkin nanti cuti raya nak habis start jem kut tapi mintalah takde.
Amin.

Ekah nak cerita hari raya pertama.
Hari raya pertama Ekah tak ke mana-mana sebab orang yang datang rumah Ekah. Boleh dikatakan hampir 19 buah kereta datang aka dalam 15 keluarga lah yang datang. Memang tak menang tangan dibuatnyer nak melayan tetamu. Tu pun saudara-mara jer tak tambah lagi jiran sekeliling rumah.
Menu hari raya pertama ialah nasi hujan panas aka nasi minyak bersama gulai ayam. Simple jer makanan, takde rendang or ketupat tpi ketupat palas ada sebab tak tahu ramai yang nak datang rumah hari tuh, buat simple jelah.

Sekarang nak cerita hari raya kedua
Hari raya kedua Ekah pergi rumah terbuka paksaudara-maksaudara. Rumah mak saudara kat KK, diorang buat sate, roti puri, nasi dagang dan banyak lagi lah. Rumah maksedara yang kedua pulak makan roti tempayan cicah gulai. Lepas pergi, balik dan tidur. buruk tak perangai. hehehe. Dekat pukul lima, ada orang datang pastu buat lah makaroni sup. Menu yang menjadi kegemaran ramai. Nyummy

Hari nih, hari raya ketiga,
nak pergi Tumpat, ada rumah terbuka. Sebelum tuh, wanna to go to rumak pak cik saudara, makan sate pulak dengan bakso.

Ok, nak pergi dah. k bye













notanakmintakduitraya: Dapat berape duit raya. bakkk sini sikit :)



.
.
.
.
.
.
.
.
.
SEBELUM ITU
.
.
oNe KLiK PLeaSe
~SEMALAM ADALAH KENANGAN~
~HARI INI ADALAH KENYATAAN~
DAN
~ESOK MERUPAKAN SEBUAH IMPIAN~

~♥ THaNKS BaCa eNTRY eKaH! ♥ JoM KoMeN DaN FoLLoW ♥~

Salam Penuh Keberkatan

~Assalamualaikum~
16/08/2012

Wah dah lama dah tak tulis blog. Dah berminggu-minggu blog tak ber-update. Hari nih hari khamis dan cuti sekolah dah bermula, jadi, adalah sikit waktu dan masalah teknikal dapat diselesaikan untuk jenguk-jenguk blog yang semakin hari, tengok lain macam dah blog Ekah nih.

 Humm... lagi tiga hari lagi nak raya , so dikesempatan ini Ekah nak ucap SALAM RAMADAN AL-MUBARAK kepada seluruh musliman dan muslimin. Harap tak terlambat lah yer. Al maklumlah puasa tinggal tiga hari lagi kan.  

dan

Dikesempatan ini jugak Ekah nak ucapkan SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN jika ada terkasar bahasa atau ape-ape jelah yang buat hati korang sakit dengan ayat-ayat entah ape nama. Harap tak terlalu awal ucapan ini sebab takut tak sempat nak post nanti hari raya. hehehehe

Ekah menyusun 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10  jari sekali lagi memohon kemaafan atas salah silap ataupun terlanjur kata hingga tak tersedar kepada kawan-kawan Ekah especially budak-budak purple yang kena marah cikgu sebab pakai baju purple hari-hari, Reen and Fiqah serta Rini yang dapat adik baru. Tak lupe jugak rakan sekelas yang sama-sama bertungkus-lumus (kot) menyiapkan projek RM1 juta yang dijangka siap hujung tahun ini. InsyaALLAH. Projek yang berjalan setiap hari Isnin dan Rabu pasti memeritkan hati dan membolehkan otak korang terputus wayar hijau, jadi bersabarlah... :)



FOR 
KAWAN LAMA
KAWAN BARU
and everyone
(gambar minta ngan uncle google)





notatangansepuluhjari: maaflah kalau ekah tak pergi rumah terbuka korang :)

notakakisepuluhjari: Makan ape bukak puasa nanti?

notakosong: Jom kita pi tengok pameran kereta pelbagai jenama dari murah hingga mahal dan dari yang import hingga yang sekehen,semua ada hanya di hadapan rumah Ekah sepanjang hari raya. Datang beramai-ramai tau :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SEBELUM ITU
.
.
oNe KLiK PLeaSe
~SEMALAM ADALAH KENANGAN~
~HARI INI ADALAH KENYATAAN~
DAN
~ESOK MERUPAKAN SEBUAH IMPIAN~

~♥ THaNKS BaCa eNTRY eKaH! ♥ JoM KoMeN DaN FoLLoW ♥~

Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Ialah Hak Milik Ekah Atiqkah kecuali Dinyatakan